Ahad, 21 Februari 2010

Belajar Belajar dan Belajar Lah

ini mungkin bukan tip terbaik untuk rakan².Tetapi ia mungkin dapat membantu dalam mencari ilmu dan sinar kehidupan.Marilah sama² baca dan amalkan apa yang saya bawakan dan baca.Sekadar berkongsi apa yang ada...

S E L A M A T  M E N CU B A ! ! !



1- Study kerana Allah, Allah akan tolong. Tetapkan niat mengapa mahu study. Jika anda study kerana exam, maka itulah yg akan anda dapat. Tapi jika anda study kerana Allah, maka ianya akan menjadi ibadah dan anda akan ikhlas kerana Allah.

2- Strategi dan teknik pembelajaran berkesan. Semua manusia ada potensi. Tapi kerana kegagalan kita mengiktiraf potensi, maka potensi itu menjadi satu ancaman pula pada kita. Potensi kita ada 5.

- Jiwa/hati
- Aqal
- Fizikal
- Emosi
- Nafsu

Jika 3 aspek utama iaitu jiwa/hati, aqal dan fizikal mampu kita kendalikan dengan baik, maka kita bisa mengawal diri kita. InsyaAllah.

3- Letakkan diri pada potensi yang betul.

4- Suatu kata-kata yang tersinar dari mulut penceramah yang berbekas di hati saya, “Jadi orang biasa, tapi result biar luar biasa”. Ayat ini bagi penafsiran akal saya, menunjukkan kita perlu selalu merendah hati namun biarlah result exam kita serta ketaqwaan kita itu hebat di sisi Allah. Subhanallah.

5- Segera ulangkaji semula perkara yang telah diajar dalam masa 24 jam. Jika tidak, kita ada potensi untuk lupa.

6- Tidur bila perlu. Ada yang kurang tidur, dia akan mengantuk. Ada yang terlebih tidur pun dia akan mengantuk juga. Jadi tidur bila perlu sahaja. J

7- Tips bila berjumpa lecturer. Fahamkan dahulu lecturer tersebut dengan apa yang kita faham. Kemudian, kita tanya apa pula yang kita tidak tahu. Akhir sekali, kita tanya lah mana2 soalan yang akan keluar. Mana tahu lecturer tu ringan mulut atau akan bagi hint2. 



Sila beri pendapat.=]

2 Comments:

chikalakachi~NIS said...

agakla...tp lame2 mlayang gak otak ni..hehe :D

EryTaleb said...

hahaa...melayang eh..tu lah demam cinta jerk