Jumaat, 26 Mac 2010

Kemuliaan yang manakah kamu kejarkan

Kemuliaan yang di kejarkan

Salam! Bertemu lagi kita dalam blog yang tak seberapa ini. Entry kali ini aku nak cerita tentang kemuliaan. Ilmu nie aku baru jer dapat tadi.haha!. Dari khutbah JUMAAT darrr. Tak tau lah aku di rasuk jin aper tapi tergerak hati untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan dan taulan yang di luar sana. Untung lah kepada sesiapa yang pergi ke masjid dapat ilmu tapi ada sesiap yang tak pergi tu sememangnyer rugi.

Khutbah kali ini mengisahkan tentang KEMULIAAN. Berbagai kemuliaan yang di kejar manusia. Ada yang menganggap pangkat itu adalah kemuliaan. Oleh itu mereka benar-benar mengejar pangkat di dunia ini untuk mencapai kemuliaan itu. Setelah mencapai kemuliaan yang di ingini barulah mereka berhenti dari berbuat sesuatu. Tetapi semua itu hanyalah sementara sahaja. Di mana apabila mereka sudah tua dan tiada lagi pangkat maka mereka akan di pandang seperti manusia biasa. 

Sidang Jumaat yang di redhai ALLAH sekalian (cewahh cam btol² jer kan)

Ada juga yang menganggap harta kekayaan adalah kemuliaan. Oleh itu mereka benar-benar mencari harta sewaktu hidup di dunia ini. Merak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat harta kekayaan. Sebagai contoh, menjual maruah diri, mencuri, menipu dan sebagainya. Tetapi mereka lupa bahawa harta kekayaan itu adalah bersifat sementara sahaja. Harta kekayaan akan habis di guna pakai. Setelah itu meraka akan menjadi sepertia biasa semula. Ingat lah apablia mereka meminta bantuan dari orang ramai, tiada yang datang membantu walau seorang pon. Hal ini kerana sewaktu mereka kaya berharta mereka mencaci yang yang miskin dan menindas orang-orang bawahan.

Maka ingatlah bahawa KEMULIAAN yang sebenar adalah terletak pada ketaqwaan dan ahklak manusia itu sendiri. 

Sekian,

itulah sedikit sebanyak khutbah jumaat yang dapat daku kongsikan bersama di blog usang ini. Apa kata surveyyy..Lu pikir lah sendiri hahahaa....sehinga berjumpa lagi di entry yang lain..><,

Erytaleb™


Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan !



0 Comments: