Khamis, 24 Jun 2010

Cara KAMU YAHUDI di kebumikan

Bagaimana Mayat Yahudi Dikebumikan


Dalam pekerjaan saya, saya terpaksa berkecimpung dan bertemu dengan
segala macam manusia dari segala macam bangsa dan ugama. Timbul pula
satu kesempatan saya berbual2 dengan seorang lelaki yang berugama
Yahudi. Dia rajin pergi ke synagogue-nya seperti kebanyakan orang kita
juga rajin ke mesjid. Saya bertanya kepadanya bagaimana mayat seorang
Yahudi dikebumikan. Di bawah ini adalah keterangannya:


Kebanyakan orang Yahudi tidak menyimpan mayatnya berhari-hari seperti
mayat-mayat ugama Kristian, Buddhist, Hindu, dan lain penganut ugama
kafir. Ada yang menyimpan mayatnya hanya sehari dan ada juga yang
menyimpan mayatnya sampai tiga hari.


Kematian seorang Yahudi merupakan "family affair" saja dan amat jarang
diumumkan di suratkabar untuk pengetahuan sahabat-handai atau masyarakat
sekelilingnya (kecuali kalau si mati itu adalah seorang pembesar
synagogue atau pembesar negara). Begitu juga pengebumian mayat itu
merupakan "family affair" yang sangat private.


Bila mayat akan kebumikan, disiapkan sebuah lemari cermin yang berdiri,
tidak sebuah peti mayat (coffin) seperti ugama2 lain. Mayat ini
dibersihkan dan diberi pakaian yang bagus dan didandankan: rambutnya
disikat rapi dan dibedakkan supaya wangi baunya. Mayat di-injek dengan
obat yang mengeraskan tubuhnya. Selepas itu mayat itu di-berdiri-kan di
dalam lemari cermin itu dan diikat di beberapa bagian tubuhnya supaya
tubuh mayat dapat berdiri tegak dalam lemari cermin itu. Jadi, mayat
Yahudi tidak dibaringkan dalam "coffin" seperti mayat2 ugama lain.


Di tanah perkuburan Yahudi sudah digali sebuah lobang empat persegi
dengan lebar kira2 dua kaki setengah (two and half feet square) dan
dalamnya kira2 enam kaki. (Tidak seperti kubur Islam yang biasanya
(rectangle) panjangnya 6 kaki, lebarnya sekitar 3 kaki dan dalamnya
kira2 enam kaki) Ini kerana cermin lemari yang digunakan sebagai "peti
mayat" itu akan ditanam berdiri tegak.


Waktu mengkuburkan mayat biasanya pada waktu senja (kalau kita,
kira-kira waktu maghrib) apabila matahari hampir akan terbenam, tidak
begitu terang dan tidak pula terlalu gelap. Mayat dibawa ke tanah
perkuburan dengan "special trailer" yang dapat mengangkut lemari mayat
itu dengan keadaan "berdiri" (maksudnya tidak perlu "dibaringkan"
walaupun dalam kereta mayat.


Apabila lemari mayat tiba di tanah perkuburan, lemari itu di-transfer ke
sebuah trolley (beroda dua) dengan keadaan lemari itu berdiri. (Trolley
ini sama seperti kita kadang-kadang melihat pekerja-pekerja Pepsi atau
Coca-cola menolak trolley minuman dari lori masuk ke kedai).


Apabila tiba di lobang kubur, lemari cermin itu dimasukkan ke dalam
lobang "vertical" itu dengan menggunakan tali. Yang memasukkan mayat ke
dalam lobang adalah anggota keluarga saja. Setelah lemari cermin itu
dapat
berdiri tegak dalam lobang, maka disendalkan tanah-tanah agar lemari itu
tidak memiring ke mana-mana apabila lobang itu ditimbus dengan tanah.


Kerja-kerja mengebumikan mayat ini semuanya dilakukan dalam keadaan
cahaya samar-samar tidak terang dan tidak begitu gelap. Biasanya tidak
sampai satu jam, bereslah urusan pengebumian ini.


Yang ikut menghantar mayat ke kuburan hanya anggota keluarga. Mereka
yang tidak ada hubungan darah dengan si mati tidak digalakkan ikut
bersama. Ini agar sikap "family affair" dalam urusan mayat dapat
terpelihara. Jadi, dalam upacara mengebumikan mayat Yahudi, tidak banyak
yang ikut ke cemetary. Biasanya tidak lebih dari 10 orang, dan tidak ada
rabbi (bunyinya "rabai" paderi Yahudi) yang mengantarinya ke kubur. Maka
tidak adalah doa mantera yang dibacakan.


Setelah selesai pengebumian mayat, anggota keluarga pulang ke rumah.
Mereka duduk di kerusi dalam bentuk "circle" dan bertafakkur
mengingatkan mayat yang di dalam kubur dan nasibnya di dalam kubur.
Biasanya tafakkur ini berlaku sepanjang malam dari saat mayat
dikebumikan sampailah hari esoknya. Mereka yang bertafakkur tidak tidur
sepanjang malam. Mereka semua duduk diam membisu tanpa ada pembacaan
mantera.


Impression: Sangkaan saya (repeat hanya "sangkaan"), kaum Yahudi sangat
takut diketahui orang apabila seorang daripadanya mati kerana masyarakat
Yahudi menjadi kurang seorang akibat kematian itu. Kenapa mayat Yahudi
ditanam berdiri mungkin melambangkan "enggan tunduk" kepada Tuhan Allah
walaupun sudah habis hayatnya di dunia. Apakah ini satu "kesombongan
melulu" terpulanglah kepada yang ingin meninterpretasikan.


Glad to share:  Erytaleb™

0 Comments: