Khamis, 23 September 2010

Terkenang zaman bersama arwah atuk dan nenek

Dah dekat 5 tahun arwah atuk pergi menemui Illahi. Arwah nenek pula dah dekat belas tahun pergi sebelum arwah atuk lagi. Aritu masa hari ketiga raya, pergi melawat pusara arwah nenek dan atuk, rindu dan sebak rasanya. 

Sejak arwah nenek pergi, kampung jadi suram walaupun masih ada atuk. Sebab masa nenek ada, bila kami balik, nenek mesti masak banyak-banyak. Nenek masak lauk kegemaran mama dan cucu-cucu dia. Teringat pada lauk ikan sembilang masak cili padi nenek. Ya Allah! sedapnya hanya Allah saje yang tau. Air tangan nenek memang sedap. 

Nenek suka masak kuih bakar, kuih bakar nenek adalah yang terbaek sekali. Semuanya cukup rasa. Mengimbau balik masa dulu, Aku suka kacau nenek kat dapur, lagi-lagi masa nenek tgh buat kuih bakar. Bila siap satu, aku amik satu. sedap sangat kuihnye tak dapat nak tahan..

Tapi kini semua tu tinggal kenangan je. Kini atuk pun dah takda. Kampung dah takda sesiapa dah. Kalau dulu bila raya jer. Kami sekeluarga akan pulang ke kampung dan berkumpul sedara-mara kat umah nenek. Seronok sangat. Walaupun umah nenek umah papan tapi dapat menampung semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit dia tak lupa juga menantu-menantu nenek.

Bila dah berkumpul tu, macam-macam cerita lah yang dengar riuh sati kampung rasanya. Bagi aku, aku akan bermain bersama dengan sepupu-sepupu aku. Kami akan bermain di laman rumah. Ada yang main mercun dan bunga api. Ada satu masa tu, kami berperang dengan jiran sebelah umah nenek. Fuh! best gila! dah macam perang berul dah. Dengan meriam batu buatan kami mengadap ke rumah jiran dah abom-abom yang di baling secara meliar. Sangat dashat bunyinya. KABOOOOM! TEBABOOOOOO!

Ada sekali tu, kami telah terleka. Sedang asyik baling-baling bom.Tetiba ada satu percikan datang dari umah jiran. Kami ingatkan bunga api, tiba-tiba TEBABOOOOOOOO! rupa-rupanya jiran sebelah baling abom. Cis! bingit telinga kami. Mangsa pada masa tu aku, abg aku dan juga sedara aku. perghh! menyirap jer darah. Apa lagi kami pon buat strategi untuk menyusup secara diam-diam dan baling secara dekat. Berjaya! mereka lari lintang pukang. hahahaha.

Itulah kenangan masa kat kampung tapi kini telah tiada keseronokan bermain mercun bersama sedara-mara lagi. Raya pon suram jer tahun nie, cuma kali ni ada pendatang baru dalam keluarga kami iaitu anak sedara lelaki bernama Farees Kaiser hasil perkahwinan abang kedua aku. Itulah penyeri mama dan ayah sebab mereka telah bergelar tuk ma dan tuka ayah. 


Baby Farees Kaiser




mood: raya
lagu: lagu-lagu raya


Erytaleb™

3 Comments:

liyani rasdi said...

OMG....kecik kecik dh pndai tgk camera....Faris Kaiser sooo comey....:)) send my regard to him....and on behalf of me, tolong cium pipinye....:P

selamat hari raya neway...:))

daddy farees said...

ehem... boleh tak pak Chik kepada Farees Kaiser ni betulkan nama dia. hihihih

liyani rasdi said...

ooopppsss....:P

farees kaiser...dh bsr nt msti hensem...:))