Isnin, 7 September 2009

Mati itu pasti wahai sahabatKU

"MATI"
Mati adalah tatkala nafasmu terhenti,
Urat darahmu semakin membeku,
Jasadmu semakin sejuk dan kaku.

Lidah yang mampu merasa menjadi kebas,
Mata yang mampu melihat menjadi kabur,
Telinga yang mampu mendengar menjadi pekak,
Tangan yang mampu menyentuh menjadi lesu,
Otak yang mempu berfikir menjadi bingung,
Lemah longlai,
Letih lesu,
Koma,
Tamatlah riwayat sekujur jasad.

Sekunyung-kunyung kau keluar,
Memperlihatkan dirimu yang sebenar,
Menzahirkan dirimu di Alam Nyata.

Rupa-rupanya selama ini kau di alam impian,
Kau bermimpi berada dalam keluarga yang mewah,
Kau bermimpi mempunyai isteri yang cantik,
Kau bermimpi mempunyai kereta dan rumah yang besar,
Kau bermimpi berpangkat besar,
Kau bermimpi segala-galanya,
Di Alam Dunia Impian.

Di Alam Nyata ini,
Kau melihat kembali ke Alam Impian dulu,
Melihat anak-anak dan isteri,
Sedang bermimpi lagi.
Kau seru mereka;

Anak-anakku! Isteriku!
Jangan terus bermimpi!
Jangan lena dibuai mimpi!

Kerana,
Di sini sebenarnya hidup yang hakiki,
Hidup yang abadi.
Saat ini,
Alam Yang Nyata,
Kau tercari-cari siapa dirimu,
Kerana dulu,
Sewaktu di Alam Dunia Impian,
Kau hanya enak dibuai mimpi,
Hingga terlupa mencari,
Dirimu yang sebenarnya.

Jasad di Alam Dunia Impian,
Telah kembali fana ke asalnya,

KAU!!!
Mahu kemana kamu?
Mahu kembali kemana?
Tahu asalmu?
Tahu kamu?

Di tengah padang yang amat luas,
Kau di tinggalkan keseorangan,
Mencari-cari,
Arah tuju.

Kembalilah Insan,
Kembalilah,
Dalam Redha,
Dan Meredhai.

0 Comments: