Khamis, 18 Ogos 2011

The memory

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kita kembali di sini, di laman usanng teratak Erytaleb. Pejam celik tanpa kita sedari masa telah berlalu dengan begitu pantas sekali. Hari ini adalah 18 Ramadhan 1432 Hijrah. Lagi 12 hari sahaja lagi untuk Ramadhan pergi meninggalkan kita dan datang pula Syawal. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, bagaimana puasa anda pada tahun ini? Jika ada perubahan, saya ucapkan tahniah dan anda juga harus mengucapkan tahniah kepada diri anda sendiri. Jika tiada perubahan, renung-renungkan lah ye. :)

Kali ni, aku nak ceritakan tentang perasaan, tentang perhubungan. cis! mesti korang ingat aku ni jenis jiwangkan. lantaklah apa korang nak cakap pon..haha. tp ini cerita bukan cerita jiwang lah. ini cerita tentang masa dulu. Aku nak tanya korang masih ingat tak memori masa kecik kecik dulu. masa korang pakai kasut kecik size 2. Masa korang baru dapat kaki, masa tu lah korang nak tunjuk korang lah jaguh lumba lari kan. Tapi apa pon korang masih lagi pakai pampers..hahaha.jangan nak hero sangatlah kan. bila pikir-pikir balik, riaksi muka aku ada gembira pastu ada juga riak sedih-sedih pastu ada juga macam nak gelak.haha..mesti korang nak cakap aku gila kan. cakaplah.. ada aku kisah? haha..amik kau. !

Okay..ceritanya macamni, masa aku berbuka puasa kat KFC dengan kawan sebilik aku iaitu SHAH, WAN, SHAM dan HANIF. kat sebelah meja kami ni ada lah seorang cina tua dan cucu dia kot.ntah aku pon tak tau cucu ker anak sebenarnyer. tp aku assume tu adalah cucu dia. Tak kisah lah mana satu kan, tapi ada satu benda yang menarik perhatian dan juga menyentuh emosi aku pada waktu itu. Mesti korang nak tau apakan. 
masa berbuka, mata aku tak lepas tgk apek tua dan cucunya. Aku tertarik dengan layanan yang diberi oleh apek tua kepada cucunya. Apek ni sangat daring dan caring. sebelum dia makan, dia akan bagi cucu dia makan, dia akan serve cucu dia. Pendek kata dia bagi apa yang cucu dia minta. kalau cucu dia nak air, dia bagi air, nak kentang bagi kentang, nak wedges dia bagi wedges. Si apek ni layan cucunya sangat baik. Sampai makanan dia pon dia tak sentuh, bila dia dah serve cucunya, dia akan tengok pula cucu dia makan sambil kat tangan stanbye tisu. Yerlah budak kecik makan mesti lah bersepah dan comot. Korang dapat tak bayangkan apa yang aku ceritakan ni. Ni bukan aku reka cerita tau, ni adalah realiti.

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah cuba ingat balik situasi kita dulu. Masa budak kecik yang baru dapat kaki dan pandai nak makan sendiri. Bila aku tengok, aku terkesima sekejap. semua memori lama kenangan masa kecik dulu terpapar macam video depan mata. aku hampir melelehkan air mata jugak masa tu tapi aku coverline.. Aku terpikir macamtu lah ayah dan mama aku layan karenah aku. Mereka layan dengan sabar dan penuh kasih sayang.(meleleh air mata...srott..srottt) Tapi apa yang buat aku lagi tersentuh adalah boleh ke aku jadi begitu, boleh ke ? Menjadi orang yang penuh dengan kesabaran dan penuh dengan kasih sayang??? Betulah orang cerdik pandai berkata, " Ibu bapa kita melambangkan masa hadapan kita, kanak-kanak melambangkan masa lampau kita". Ayat ni betul-betul buat aku tersentuh. Apa yang dikatakan adalah betul, ibu bapa kita melambangkan kita pada masa hadapan sebab kita akan menjadi tua kelak. manakala anak-anak kita adalah masa silam kita, waktu kita nakal dan kecik-kecik cili padi. 

Cube korang bayangkan bila korang dah tua, macam mana waktu tu, keadaan dan situasi itu. letak diri korang  sebagai seorang dewasa dan melayan ibu bapa yang telah tua dan uzur. Ini yang aku terbayang masa tu. Aku suap ayah dan mama aku makan masa diorang dah takder kudrat lagi. Sangat sedih okay. Aku dah tak boleh nak taip dah..



Pesan aku, layanlah ibu dan bapa korang dengan baik dan hormat diorang. Sebab nanti korang akan melalui pengalaman yang sama jugak.


0 Comments: